Kurta Moden Klasik Putih
- Regular price
- RM 44.90
- Sale price
- RM 44.90
- Regular price
-
RM 79.90
Share
Warna putih adalah simbol kebersihan dan ketenangan, warna yang "wajib ada" untuk setiap lelaki terutamanya bagi Solat Jumaat, majlis tahlil, atau suasana pejabat yang profesional .
Ia warna paling mudah dipadankan (versatile)—sarungkan dengan kain pelikat untuk ke masjid, seluar slack untuk mesyuarat, atau jeans untuk gaya santai hujung minggu.
Spesifikasi:
- Material: Premium Crepe (Matte, tekstur berbiji halus, nampak mahal).
- Jenis Lengan: 3 Suku.
- Poket: Poket sisi (sorok) kiri dan kanan.
- Saiz: XS, S, M, L, XL, 2XL, 3XL, 4XL, 5XL.
Size Chart

Kenapa Ramai Lelaki Pilih Gorilla Kurta?
1. Material Crepe Premium, Mudah Diggosok:
Material Premium Crepe kami sangat mudah untuk digosok. Dengan gosokan ringan, ia cepat kembali nampak rapi dan kemas. Sangat sesuai untuk lelaki yang sibuk dan pentingkan masa.
2. Kain Sejuk & Selesa:
Fabrik Crepe ini mempunyai tekstur yang membolehkan udara keluar masuk (breathable), sesuai dengan cuaca Malaysia yang panas dan lembap. Ia tidak melekap pada badan apabila anda berpeluh, menjadikan anda kekal selesa dari pagi sampai malam.
3. Potongan Lengan 3 Suku (Mesra Wudhu):
Reka bentuk lengan 3/4 (Tiga Suku) kami nampak moden dan kemas. Paling penting, ia memudahkan urusan ambil wudhu tanpa perlu susah payah melipat lengan baju. Anda juga bebasayakan jam tangan atau gelang dengan lebih yakin.
4. Saiz "Orang Kita" (XS - 5XL):
Kami meraikan semua bentuk badan. Potongan Relaxed Fit kami direka untuk menutup bahagian perut dan selesa di bahu, memberikan efek slimming. Tersedia dari saiz S hingga 7XL, kami pastikan anda tampil segak tidak kira saiz badan anda.